"PERKHAWINAN ADALAH KEMESTIAN SETIAP MANUSIA
BUNGA STOKING & BUNGA DIP
ADALAH PILIHAN RAMAI"
......TEMPAHAN DITERIMA......
.....HUBUNGI 0125791584 (PN.MAHANUM)......

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 23 Februari 2012

Apakah Istimewa bunga stokin

Stoking yang kita faham adalah bahan yang diguna untuk mencantikkan kaki. tetapi stoking ini adalah dari bahan nipis atau tranparent yang mudah di bentuk dan kelihatan cantik. Ianya boleh dibentuk pelbagai rupa terutama mengubah kelopak bunga tersangat unik. Bentuk bermacam daun dan binatang juga dibuat. Stoking ini mudah didapati dikedai-kedai atau pasar raya dengan harga yang berpatutan. 

Bunga stoking ini dapat mengunakan sebagai bunga telur, bunga pahar, penghias rumah , penghias dinding dan lain lain yang anda suka.. Anda boleh mencuba kerana ianya MUDAH. Selamat mengeluarkan rekaan kreatif anda.

Rabu, 22 Februari 2012

TIP UNTUK MEMBUAT GUBAHAN BUNGA STOKING DAN PENJAGAANNYA

Stoking mudah dibentuk bunga bentuk kerana sifatnya yang lentur dan elastik.Stoking dapat mengikut bentuk kawat, untuk mengikatnya perlu berhati-hati agar jangan terlalu kuat supaya stoking tidak koyak, tetapi jangan terlalu kendur agar kelopak bunga tidak berkerut, jadi mengikatnya adalah perlu mengikut kesesuaian. Untuk itu memerlukan latihan dan ketelitian.
Untuk penjagaan bunga stoking caranya mudah sekali, jika kelihatan berdebu, anda boleh membersihkannya dengan berus cat air yang halus dan lembut dengan cara memberusnya pada permukaan kelopak bunga atau daun.

seri ungu

                                                      Seri Ungu code 3 RM1.80 sebatang

seri kuning

                                                      Seri Kuning  code 2: RM 1.80 sebatang

rose merah

                                                     Rose Merah : code 1 sebatang RM1.80
                                                                          

Isnin, 13 Februari 2012

Bunga Ros Pink

Bunga ros memang bunga kegilaan wanita saperti Puan Mahanum Sendiri dan wanita lain. Betul tak wahai kawan kawan. Reben juga direka buat bunga ros. nampak segar dan megar. Bunga Ros memang digubah berbagai saperti Bunga telur, Bunga tangan dan lain. Cakap sahaja semuanya sesuai.

Bunga Mawar

Si bunga mawar bau mu yang harum. Itulah mawar. warnanya juga belbagai warna. Juga pemintaan ramai. Mawar .ini kelompak nya berliku-liku. itu buatnya menarik".renung-renung kanlah"

Bunga Raya

Ini bunga Raya. Nampak simple tapi cerewet sikit. Dawai nya berbentuk sikit, Nak cuba buat warna merah, mesti menarik. Bunga telur mesti om.......

bunga Lily

Bunga lily ini boleh pelbagai warna . Ia nya kena banyak kumtum supaya bila susun baru menarik.Bunga telur boleh layan.
Bunga warna puteh itu adalah Anggerik Bulan .  Putih bunga dari stoking yang di pintal sedikit.Bentuk kelopak bujur besar.

Bunga stoking anum

Ini adalah bunga Anggerik Dendrobium. Warnanya kuning dan merah berinti putih bunga. Kalau dijadi bunga telur cantikkan.